Lawan Malaysia sekadar latihan – Segrt

Lawan Malaysia sekadar latihan – Segrt

Pasukan Tajikistan meraikan kemenangan bersama Piala selepas memenangi Perlawanan Pestabola Merdeka 2023 Akhir antara pasukan Malaysia menentang pasukan Tajikistan di Stadium Nasional Bukit Jalil malam Selasa. – Foto Bernama

PENGENDALI Tajikistan, Petar Segrt menyifatkan perlawanan akhir menentang Malaysia pada kejohanan Pestabola Merdeka di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada Selasa hanya sebagai latihan untuk pasukannya menghadapi saingan Piala Asia di Qatar, pada Januari tahun depan.

Menurutnya, perlawanan itu adalah lebih penting daripada segala-galanya dan kemenangan di Pestabola Merdeka menjadi semangat kepada pasukannya mengharungi temasya terbesar Asia itu.

Malah, dia juga mengakui sukar untuk memilih pemain ke Piala Asia selepas pemain muda yang dibawa kali ini mampu menewaskan barisan pemain lebih berpengalaman dimiliki Harimau Malaya.

“Maaf saya katakan bahawa kejohanan ini hanya persiapan kami untuk menghadapi Piala Asia nanti.

Scroll to Top