Hizero F100 memudahkan penjagaan lantai

Hizero F100 memudahkan penjagaan lantai

KEDIAMAN yang bersih akan memberi ketenangan kepada penghuninya terutama selepas seharian bekerja.

Namun, tanpa peralatan yang sesuai, kerja membersihkan rumah menjadi suatu perkara yang rumit dan boleh memakan masa yang banyak serta boleh bercanggah dengan tujuan untuk memberi ketenangan yang diingini.

Memahami keperluan itu, pengeluar jenama perkakas elektronik, Hizero, tampil memperkenalkan pembersih lantai bionik basah dan kering pertama di dunia pada tahun 2017.

Direka untuk keselesaan

Hizero F100 memudahkan penjagaan lantai

Berbeza dengan pembersih lantai lain yang terdapat di pasaran, Hizero F100 direka dengan teknologi bionik yang membolehkan anda untuk menyapu, mengemop dan mengeringkan lantai dalam satu gerakan.

Kotoran seperti habuk, bulu binatang atau rambut dan cecair yang dikumpulkan dari lantai akan terus diasingkan ke bahagian yang berbeza secara automatik, menjadikan alat ini lebih mudah untuk dibersihkan selepas penggunaan.

Istimewanya, pengguna tidak perlu bimbang tentang merosakkan berus penggelek mesin pembersih lantai ini, kerana rambut atau bulu yang melekat pada berus boleh dibersihkan secara mudah dengan menggunakan kertas tisu atau dengan alat pembersih yang telah disediakan.

Lebih menarik, penggelek polimer yang ada di kepala pembersih ini juga akan dibilas secara automatik dalam setiap penggunaan bagi mengekalkan kebersihan lantai secara optimum.

Ini kerana penggelek polimer ini hanya menggunakan air yang bersih dalam setiap gerakan, berbanding proses mop tradisional di mana air yang digunakkan selalunya merupakan air kotor yang dikitar semula.

Sebagai nilai tambah, Hizero F100 direka dengan teknologi Ultimate Clean™️ yang mampu membersihkan lantai berkeluasan 1,000 kaki persegi dalam masa lapan minit dengan hanya menggunakan air yang bersih.

Pengguna juga turut disediakan dengan bahan pencuci anti-bakteria dengan kandungan buih yang rendah, secara langsung memberikan kebersihan maksima melalui komponen anti-bakterianya yang bukan sahaja boleh digunakan untuk membersihkan lantai yang kotor malah juga untuk tujuan kebersihan am.

Mesra alam, tanpa pencemaran bunyi

Dengan teknologi penggelek polimer inovatif, Hizero F100 mengetengahkan cara pembersihan tanpa sedutan yang tidak menghasilkan bunyi bising seperti vakum atau pembersih lantai yang lain.

Hizero F100 menggunakan penggelek jenis polimer yang mampu menanggalkan kotoran dan habuk dengan efektif dalam satu gerakan malah tidak meninggalkan goresan residu di lantai, terutamanya ketika mengendali masalah air tertumpah berbanding pembersih lantai lain di pasaran yang menggunakan penggelek berus mikrofiber.

Teknologi penggelek polimer ini hanya memerlukan pergerakan yang minimum untuk mencapai pembersihan menyeluruh sekali gus dapat menjimatkan masa dan tenaga.

Ia juga tidak menyebabkan habuk yang terkumpul kembali ke udara semasa proses pembersihan, menjadikannya sesuai untuk mereka yang mempunyai alahan terhadap habuk.

Bukan itu sahaja, Hizero F100 juga mampu membantu mengurangkan penggunaan air bagi aktiviti mengemop.

Jika kebiasaannya anda menggunakan lima hingga 20 liter air untuk membersihkan keseluruhan lantai rumah, kini pembaziran dapat dielakkan kerana pembersih lantai mesra alam ini hanya memerlukan 700 ml air bagi membersihkan lantai berkeluasan 700 kaki persegi.

Reka bentuk tanpa wayar juga membolehkan pergerakan dan akses kepada ruang yang sempit dengan lebih mudah sambil menjimatkan masa mencuci.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Hizero F100 dan peluang merasai sendiri pengalaman menggunakan pembersih lantai bionik ini, orang ramai dijemput menghadiri Pameran HomeDec 2023 di reruai 1J145, Dewan 1, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) mulai 26 hingga 29 Oktober 2023.

Bukan itu sahaja, pengunjung juga berpeluang menikmati pelbagai diskaun eksklusif dengan menunjukkan artikel ini di pameran HomeDec.

Anda juga boleh melakukan pembelian melalui pautan ini.

Tonton video di bawah untuk maklumat lanjut mengenai Hizero F100.

Hizero F100 adalah tambahan terbaru kepada rangkaian produk Visionary Solutions Sdn Bhd, pengedar eksklusif peralatan rumah berkualiti premium dari seluruh dunia seperti Blueair Air Purifiers, Laurastar Ironing Systems, KitchenAid, NESCAFÉⓇ Dolce GustoⓇ, dan iRobot.

Untuk maklumat lanjut sila ikuti media sosial rasmi Facebook dan Instagram Hizero Malaysia serta Facebook dan Instagram Visionary Solutions.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top