Young Tigers akur kehebatan juara bertahan India di SOJC

Young Tigers akur kehebatan juara bertahan India di SOJC

Young Tigers dibelasah juara bertahan India, 3-1 di Stadium Hoki Taman Daya, Johor Bahru pada Sabtu.

SKUAD hoki remaja negara terus longlai di pentas Kumpulan B Kejohanan Hoki Antarabangsa Piala Sultan Johor (SOJC) apabila dibelasah juara bertahan India, 3-1 di Stadium Hoki Taman Daya, Johor Bahru pada Sabtu.

Ini merupakan kekalahan kedua dilakar The Young Tigers kendalian Muhamad Amin Rahim selepas dijinakkan New Zealand, 2-3 pada Jumaat

Kemenangan itu membolehkan juara tiga kali tersebut kendalian CR Kumar memimpin kumpulan dengan empat mata berkongsi mata dengan Pakistan kedua dengan perbezaan gol,

Sementara itu, New Zealand pula ketiga dengan tiga mata, manakala Young Tigers tercorot tanpa sebarang mata.

Scroll to Top