Alton puji semangat juang skuad KUFC

Alton puji semangat juang skuad KUFC

Diogo Luis Santo (kanan) diasak pemain Kelantan United FC Deok Kim dalam aksi perlawanan Liga Super di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV pada malam Sabtu. – Foto Bernama

PENGENDALI Kelantan United Football Club (KUFC), Alton Dos Santos Silva memuji semangat juang pemainnya yang bertungkus-lumus menggagalkan kemaraan berterusan Johor Darul Takzim (JDT) dalam aksi Liga Super pada malam Sabtu.

Beliau berkata, pemainnya berjaya mempamerkan aksi membanggakan untuk menyekat JDT yang sememangnya diakui pasukan terhebat.

“Mereka bermain dengan penuh semangat dan melakukan percubaan terbaik kerana pasukan lawan sudah diakui lebih kuat,” katanya kepada pemberita selepas perlawanan itu.

KUFC mencipta kejutan apabila berjaya menyekat skuad Harimau Selatan itu berpesta gol apabila sekadar meraih dua jaringan ketika bertandang di Stadium Sultan Muhammad IV.

Scroll to Top