Shopee 11.11 Jualan Hebat tawar hadiah sehingga RM1 juta

Shopee 11.11 Jualan Hebat tawar hadiah sehingga RM1 juta

KUALA LUMPUR – Shopee 11.11 Jualan Hebat kembali lagi tahun ini dengan penjimatan terhebat, harga rendah, promo terbaik dan hiburan menyeronokkan bermula hari ini sehingga 14 November 2023.

Bukan itu sahaja, Shopee juga akan memberikan keseronokan berganda dengan menawarkan hadiah sehingga RM1 Juta melalui Shopee Live.

Jangan ketinggalan untuk menikmati promo hebat, baucar menarik, dan potensi untuk menang besar dengan Shopee dan rasai pengalaman membeli-belah lain dari yang lain.

Menangi hingga RM1 Juta dengan Shopee Live

Shopee 11.11 Jualan Hebat menawarkan peluang untuk menang besar sambil menonton selebriti kegemaran berceloteh tentang trend fesyen dan kecantikan terbaharu.

Shopee Live lebih meriah dengan peraduan Kotak Duit Misteri yang berlangsung hari ini sehingga 9 November pada jam 8 malam dan pada jam 10 malam dari 10 hingga 11 November.

Dengan hadiah utama sehingga RM1 juta untuk dimenangi, tahun ini menjanjikan keseronokan dan peluang lain dari yang lain.

Untuk menyertai peraduan, pengguna perlu menebus kod unik dari laman utama peraduan dan melengkapkan satu ‘checkout’ strim langsung untuk layak disenaraikan sebagai pengguna bertuah yang terpilih untuk bermain Kotak Duit Misteri.

Jom membeli melalui Shopee Live untuk peluang terpilih kerana lagi banyak anda membeli, lagi tinggi peluang untuk menang.

Penghantaran percuma tanpa perbelanjaan minimumu

Untuk jualan tahun ini, pengguna boleh menebus kos penghantaran percuma yang boleh ditebus setiap hari jam 12 pagi.  

Anda hanya perlu menebus baucar ketika ‘checkout’ pada 11 November.

Diskaun 90 peratus di Shopee Live

Saksikan juga Shopee Live untuk promosi terbaik dalam talian dan berhibur bersama jenama dan penjual kegemaran anda.

Jangan lupa untuk menebus baucar diskaun 90 peratus Shopee Live yang boleh didapati sepanjang hari pada 11 November.

Promo ‘Knockout’ RM11

Selain itu, Shopee turut menawarkan barangan diskaun termasuk kasut, fon kepala, beg, baju, alat solek, topi, dan banyak lagi dengan harga hanya RM11.

Anda cuma perlu memilih barangan yang digemari dan tambah ke ‘cart’, kemudian tandakan 11 November 11 pagi dan 8 malam di kalendar anda untuk memastikan anda tidak ketinggalan dengan tawaran luar biasa ini.

Shopee Mall

Untuk menjamin kepuasan pelanggan, Shopee akan memberi polisi pemulangan 15 hari dan Jaminan Wang Kembali 8 Kali Ganda untuk barangan jenama asli 100 peratus.

Pelanggan tidak perlu risau dan jimat hebat di Shopee Mall dengan lebih 5,000 jenama terkemuka di mana kualiti dan kepercayaan diutamakan untuk kepuasan pelanggan.

Nikmati juga promosi dan diskaun setiap hari daripada jenama terkemuka seperti 70mai, Dessini, Skechers, SKINTIFIC, Vinda, dan banyak lagi terutamanya di Shopee Live. 

Keahlian jenama Shopee Mall

Nikmati keistimewaan Keahlian Jenama Shopee Mall, dari akses VIP sehingga penjimatan hebat, yang disesuaikan untuk meningkatkan pengalaman membeli-belah anda.

Pengguna boleh mendapat akses utama terhadap produk baharu, diskaun serta promo khas untuk ahli, menebus baucar dan hadiah sambil memperoleh ‘points’ dengan setiap pembelian.

Jenama-jenama terlibat termasuk Clef Skincare, Heads Profesional Paris, Johnson&Johnson, Lumi, Ogawa, dan banyak lagi.

Shopee 11.11 Jualan Hebat pasti menjadi pengalaman beli belah menyeronokkan dengan promo tanpa tandingan.

Sedia untuk membeli-belah dan sertai peraduan untuk peluang menjadi jutawan sambil menikmati pelbagai diskaun dalam musim membeli-belah yang luar biasa ini. 

Layari Shopee 11.11 Jualan Hebat sekarang di https://shopee.com.my/m/11-11

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top