PELEDAK sensasi, Luis Suarez kembali menyertai Uruguay setelah tersisih daripada skuad kebangsaan yang dibimbing jurulatih baharu, Marcelo Bielsa Mei lalu.
Pemain berusia 36 tahun itu bakal memperkuatkan jentera depan Uruguay untuk menentang Argentina dalam kelayakan Piala Dunia 2026 minggu ini.
Suarez yang menyumbat 68 gol antarabangsa berada dalam prestasi terbaik untuk kelab Brazil, Gremio apabila menghasilkan 16 gol daripada 29 perlawanan.
Aksi menentang Argentina pada Khamis akan menjadi yang pertama buat pasukan kebangsaan sejak mereka tersingkir daripada Piala Dunia Qatar pada aksi peringkat kumpulan tahun lalu.



