Jonathan, Azreen tawan VTF 2023

Jonathan, Azreen tawan VTF 2023

Jonathan berjaya memenangi tempat pertama acara 100m Diamond lelaki VTF 2023 di Arena Universiti Malaya pada Ahad. – Foto Bernama

DUA atlet olahraga negara, Jonathan Nyepa dan Azreen Nabila Alias masing-masing mengungguli acara 100 meter (m) Diamond lelaki dan wanita akhir kejohanan olahraga Grand Final Varsity Track & Field (VTF) 2023 pada Ahad.

Jonathan yang mewakili Universiti Putra Malaysia (UPM) dinobatkan selaku Raja Pecut dengan merakam masa terpantas 10.66 saat (s) pada saingan yang berlangsung di Arena Universiti Malaya (UM) itu.

Pingat perak dimenangi atlet Universiti Tenaga Nasional (UNITEN), Muhammad Fakhrul Abdul Aziz selepas merakam 10.76s dan gangsa menjadi milik Muhammad Aqil Yasmin dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) dengan masa 10.84s.

Bagaimanapun, Jonathan suka dalam duka kerana berjaya mempertahankan emas yang dimenangi tahun lalu tetapi gagal memecahkan rekod kejohanan miliknya.

Scroll to Top