Jurulatih, pemain perlu ada persefahaman – Jalani

Jurulatih, pemain perlu ada persefahaman – Jalani

Amirul Fazli Zulkafli

sukan@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Setiap pemain serta jurulatih perlu ada persefahaman tinggi supaya dapat memahami satu sama lain dalam usaha membantu melonjak prestasi atlet itu.

Legenda badminton negara Datuk Seri Jalani Sidek berkata, pemain dan jurulatih sudah pasti mengetahui tahap kecergasan serta ketahanan dalam mengharungi kejohanan akan datang.

Katanya, atlet tidak boleh memaksa diri menyertai setiap kejohanan walaupun ketika ini mereka dalam landasan berlumba mengejar mata ke Olimpik Paris 2024.

Katanya, hal ini kerana terlalu taksub menyertai kejohanan bakal menyebabkan mereka dihantui kecederaan serius seterusnya merencatkan usaha untuk melayakkan diri ke temasya besar terbabit.

“Bagi saya pemain perlu ada kebijaksanaan untuk sertai mana-mana kejohanan. Sebabnya, sebagai pemain mesti kita sudah tahu tahap kondisi badan sama ada boleh bermain dua tiga atau empat kejohanan secara terus berdasarkan persediaan latihan.

“Pentingnya persediaan seseorang atlet itu. Kalau persediaan kurang, pilihlah kejohanan tertentu dan selepas itu berehat sebentar untuk pulihkan kecederaan yang dialami atau tingkatkan kembali kecergasan selain menganalisis kembali perlawanan.

“Lebih baik kita pergi beberapa kejohanan tetapi dapat capai keputusan yang terbaik. Malahan, Viktor (Axelsen) sendiri pilih kejohanan sebelum kembali dengan kejuaraan. “

Selain itu, katanya, kecederaan bukan saja membabitkan wakil Malaysia malahan pemain luar negara juga mengalami nasib sama hingga menyebabkan mereka tidak boleh beraksi.

tamat//

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top