Arif Aiman, Faisal dapat pujian jurulatih Taiwan

Arif Aiman, Faisal dapat pujian jurulatih Taiwan

Arif Aiman beraksi cemerlang dalam dua perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027. – Foto FAM

PENGENDALI Taiwan, Gary White mengakui dua tonggak serangan Harimau Malaya iaitu Arif Aiman Hanapi dan Faisal Halim memberikan banyak masalah kepada pasukannya ketika tewas 0-1 dalam aksi kedua Kumpulan D, Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 di Stadium Perbandaran Taipei pada Selasa.

Menurutnya, kelincahan dan kemampuan kedua-dua pemain itu sememangnya sukar untuk dihalang sekali gus menyaksikan benteng sebelah kanan Taiwan kerap bocor.

“Pemain nombor 12 (Arif Aiman) dan 7 (Faisal Halim) adalah pemain yang hebat, pantas dan bergerak dengan cepat.

“Mereka memanipulasi ruang sebelah kanan dari awal dibantu pemain nombor 2 (Matthew Davies), jadi apa yang kami buat adalah pastikan kami kekal dalam formasi namun kesilapan individu membenarkan mereka menjaringkan gol,” katanya dalam sidang akhbar selepas perlawanan.

Scroll to Top