sukanteam@nstp.com.my
Alor Setar: Kerajaan negeri tetap akan terus memberi sokongan kepada Kedah Darul Aman FC (KDA FC) meskipun skuad itu diswastakan sepenuhnya bermula pada tahun ini.
Menteri Besar Kedah yang juga Presiden KFA Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, kerajaan negeri menerusi Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) tetap akan menyuntik kewangan KDA FC.
“Kita masih lagi membantu KDA FC iaitu dari Kerajaan Negeri ke KFA, kemudian ke KDA FC dan ianya masih lagi, dan jumlahnya pula saya tak boleh nyatakan tetapi kerajaan negeri tetap memberi.
“Berkaitan isu gaji pula kerajaan negeri juga membantu suntikan kewangan walaupun tidak beri semuanya namun KFA akan tolong. Kebanyakan pasukan bola sepak di Malaysia masih diberi sokongan oleh negeri terutama persatuan bolasepak negeri dan kerajaan negeri.
“Kami sentiasa akan menyokong KDA FC dan saya harap KDA FC akan mampu mencapai hasrat peminat bola sepak di Kedah untuk berada di tangga kedua musim ini dan KFA dan semua ahli gabungan akan terus menyokong KDA FC yang membawa citra Keda ,” katanya ketika Majlis Perasmian Wisma KFA-House of Kedah Football petang semalam.
© New Straits Times Press (M) Bhd




