
MSNT-SIF-TFC tekad mengakhiri cabaran Piala Pra U dikedudukan tiga terbaik edisi 2023.
MSNT-SIF-TFC tetap menjanjikan tentangan sengit apabila berdepan Mutiara Soccer Allstars (MSA) dalam perlawanan penentuan tempat ketiga keempat Piala Pra U di padang 7 Akademi Mokhtar Dahari, Gambang, Kuantan pada Khamis.
Pengendali MSNT-SIF-TFC, Mohd Aliff Hafifi Mohammad berkata, perlawanan terakhir sebelum melabuh kempen edisi 2023 itu penting sebagai penawar selepas gagal mara ke final kali ini.
“Ini adalah perlawanan terakhir MSNT-SIF-TFC, jadi sudah tentu saya mahu pemain-pemain menutup cabaran noktah kemenangan.
“Pemain-pemain pun tekad memberikan tekanan sebaik perlawanan bermula dalam misi meraih kedudukan ketiga terbaik.



