
Kerajaan Negeri Sembilan memutuskan untuk mengekalkan penggunaan rumput sedia ada di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi. (Gambar kecil: Musthapa)
KERAJAAN Negeri Sembilan memutuskan untuk mengekalkan penggunaan rumput sedia ada di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi di sini walaupun ditawarkan menukar rumput jenis Zeon Zoysia daripada Kementerian Belia dan Sukan.
Exco Pembangunan Belia dan Sukan Negeri Sembilan, Mustapha Nagoor berkata, keputusan tersebut diambil setelah mengambil kira kos penyelenggaraan yang perlu ditanggung oleh Negeri Sembilan jika menerima tawaran tersebut.
“Isunya adalah mengenai penyelenggaraan, apabila ditukar dengan rumput baharu, kos penyelenggaraan lebih kurang RM30,000 sebulan.
“Jadi kami buat keputusan untuk kekal dengan rumput sedia ada, ya ada masalah sedikit mengenai saliran tetapi ia boleh diperbaiki,” katanya pada Jumaat.



