Pasukan bola sepak Sinar Harian kembali beraksi

Pasukan bola sepak Sinar Harian kembali beraksi

Pasukan Sinar Harian memakai jersi baharu tajaan RedOne bergambar sebelum perlawanan persahabatan menentang VCMM di Shah Alam, Selangor pada Jumaat.

SHAH ALAM – Selepas sekian lama menyepi, pasukan bola sepak Sinar Harian kembali beraksi apabila mengadakan perlawanan persahabatan bersama pasukan Volvo Car Manufacturing Malaysia (VCMM) pada Jumaat.

Tampil dengan jersi baharu tajaan daripada RedOne, nasib bagaimanapun tidak menyebelahi Sinar Harian apabila tewas 3-6 di tangan VCMM.

Semangat membara pasukan bola sepak Sinar Harian yang ingin mencipta kemenangan dinafikan pihak lawan yang mendapat jaringan awal pada separuh pertama perlawanan, sebelum Sinar Harian berjaya menyamakan kedudukan dengan jaringan daripada pemain Fazli Hamid.

Perlawanan bertambah rancak apabila VCMM mencipta dua lagi jaringan termasuk menerusi sepakan penalti, menjadikan kedudukan 3-1 pada babak pertama.

Scroll to Top