
Antara aksi perlawanan di antara Perak FC dan Sabah FC dalam saingan Liga Super di Stadium Perak di Ipoh pada Ahad. – Foto PERAK FC
JARINGAN tunggal Park Taesu pada minit ke-85 membolehkan Sabah FC membawa pulang tiga mata selepas menewaskan Perak FC dalam saingan Liga Super di Stadium Perak di Ipoh pada Ahad.
Minit awal perlawanan menyaksikan Sabah menguasai permainan dengan beberapa percubaan.
Namun, keadaan permukaan padang licin menyaksikan kedua-dua pasukan sukar mencari rentak.
Sabah beroleh beberapa percubaan namun tersasar dan gagal menemui pintu gol Perak.



