
Jojo mempamerkan aksi luar biasanya sepanjang beraksi dalam ONE Championship musim ini. – Foto Astro ARENA
JOHAN ‘Jojo’ Ghazali, berjaya menumpaskan Edgar Tabares dalam penampilan sulungnya pada aksi Primetime US, ONE Championship sebentar tadi.
Petarung sensasi muda negara itu, hanya memerlukan 36 saat untuk menundukkan lawannya yang merupakan juara Muay Thai Antarabangsa WBC menerusi knockout pada pusingan pertama.
Johan yang mula beraksi di ONE Championship sejak Februari lalu, belum pernah mengalami kekalahan dalam kesemua lima pertarungannya.
Petarung berusia 17 tahun itu berjaya mencapai kontrak enam angka di ONE Championship dengan rekod tanpa kalahnya 4-0 dalam siri acara ONE Friday Fights.



