
Laman sosial rasmi JDT mengeluarkan statistik ringkas mengenai jaringan pasukan mereka berdasarkan minit permainan sepanjang musim ini. – Foto: Facebook Johor Southern Tigers
LAMAN sosial rasmi Johor Darul Ta’zim (JDT), Johor Southern Tigers, semalam mengeluarkan statistik ringkas mengenai jaringan pasukan mereka berdasarkan minit permainan sepanjang musim ini.
Berdasarkan statistik itu, 33 gol dihasilkan Harimau Selatan dari minit ke-75 hingga ke minit ke-90.
Ia menunjukkan bahawa pasukan selatan tanah air itu menghasilkan gol paling banyak pada 15 minit terakhir sebelum tamat perlawanan.
Menyusul di kedudukan kedua adalah suku jam pertama selepas waktu rehat, di mana JDT menghasilkan 31 gol daripada minit ke-46 hingga ke-60 dan suku jam selepas itu — dari minit ke-61 hingga 75 — menyaksikan pasukan bimbingan Esteban Solari berkenaan menghasilkan 26 gol.



