Teruskan amalan bawa ulamak tersohor ke bumi Pahang tahun ini

Teruskan amalan bawa ulamak tersohor ke bumi Pahang tahun ini

KUANTAN – Kemakmuran Pahang akan terus terpelihara dengan menegakkan syiar Islam dan mengamalkan amal makruf nahi mungkar  dalam mengorak langkah pada tahun 2024.

Exco Hal Ehwal Agama Islam, Pembangunan Luar Bandar Dan Hal Ehwal Orang Asli Negeri Pahang, Datuk Seri Syed Ibrahim Syed Ahmad berkata, peranan tersebut akan diterjemahkan menerusi program dakwah dan tarbiah seperti majlis ilmu.

Ini kerana kejayaan kerajaan negeri membawa 10 pendakwah dan ulamak tersohor tahun lalu bagi berkongsi ilmu bersama umat Islam dilihat berhasil dan akan diteruskan pada tahun ini.

”Tahun lepas 10 orang ulama tempatan dan luar negara menghidupkan program dakwah di negeri ini dan tahun ini kita akan teruskan juga.

“Sebagai contoh tokoh agama yang hadir ke Pahang seperti Mufti Syafie di Mekah, Allamah Habib Omar Jailani dan dan Sheikh Dr Osama As Sayyid Al Azhari dari Mesir,” katanya ketika dihubungi

Antara mereka yang pernah hadir juga ialah Dr Jamal Farok Dekan Kuliah Dakwah Al Azhar pada program di Maadhad Tahfiz Negeri Pahang (MNTP), Sheikh Ahmad Abdul Hadi Al Kharasah dari Syria dalam majlis di Maahad Tahfiz Turath Negeri Pahang.

Selain itu, Habib Abdul Rahman Myashur Hafiz Da Al Mustafa, Habib Abdul Rahman al Maqdy dari Dar Ifta’ Mesir, Syeikh Al Muhaddis Mustafa Abdu Kariem An juga Sheikh Dr As Samihi Umam pernah mengunjungi Pahang.

Tidak ketinggalan nama tokoh agamawan lain yang bersama mengimarahkan majlis ilmu di sini  ialah Habib Kazim As Saggaf, Ad Daie Dr Habib Mohammad Ali Al Habshee dan  Prof Dr Us Abdul Samad Riau.

Mengulas lanjut, Syeb Ibrahim berkata, nama-nama ulamak yang dijemput khas ke negeri ini tidak lain tidak bukan bagi berkongsi penghayatan keindahan Islam bersama-sama rakyat.

”Kita harus bersyukur dengan pelbagai inisiatif dilaksanakan dalam menyuburkan Islam di mana pelbagai jenis peruntukan pada tahun lepas dan insya – Allah tahun ini umat Islam akan dilaksanakan seperti diumumkan.

”Perjuangan memartabatkan Islam di negeri ini diteruskan di bawah kepimpinan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, kita bersama-sama pegang pada amal makruf nahi mungkar,” katanya. – MalaysiaGazette

Scroll to Top