
Mitoma (kiri) disertakan dalam skuad Jepun untuk kempen Pusingan Akhir Piala Asia 2023 bulan ini. Foto: Agensi
PEMAIN sayap Brighton & Hove Albion, Kaoru Mitoma disertakan dalam skuad Jepun untuk kempen Pusingan Akhir Piala Asia 2023 bulan ini di Qatar walaupun diketepikan kerana kecederaan buku lali.
Hajime Moriyasu memasukkan pemain berusia 26 tahun itu dalam skuad 26 pemain yang turut menampilkan pemain Liverpool Wataru Endo, pertahanan Arsenal, Takehiro Tomiyasu dan Takefusa Kubo dari Real Sociedad untuk perlawanan bermula pada 12 Januari.
“Saya tidak tahu sama ada (Mitoma) akan bersedia untuk perlawanan pertama.
“Tapi dia semakin pulih dan saya menjangkakan dia boleh didapati pada peringkat awal,” kata Moriyasu kepada pemberita.



