
Kelantan United FC tidak pernah culas dalam menyelesaikan bayaran gaji pemain pasukan itu apabila memperkenalkan penjadualan pembayaran.
KELANTAN United FC tidak pernah culas dalam menyelesaikan bayaran gaji pemain pasukan itu apabila memperkenalkan penjadualan pembayaran.
Ketua Pegawai Eksekutif, Wan Zul Ikman Wan Ab Aziz berkata, usaha itu memperlihatkan komitmen pengurusan kelab dalam menyelesaikan masalah tersebut.
“Tunggakan gaji yang melanda sejak Ogos telah diselesaikan dengan situasi menang-menang di antara pihak pengurusan kelab, pegawai, kejurulatihan dan juga barisan pemain.
“Pihak pengurusan sebelum ini telah mengeluarkan satu memo berkenaan jadual pembayaran gaji dan ia telah dipersetujui oleh semua yang terlibat.



