
Ronaldo meraikan sambutan ulang tahun kelahiran ibunya di kampung halaman mereka di Madeira.
MADEIRA – Cristiano Ronaldo mencipta kejutan istimewa sebelum mengakhiri tahun 2023 apabila menghadiahkan sebuah kereta Porsche baharu sempena hari lahir ibunya pada malam tahun baharu.
Ibu Ronaldo, Dolores Aveiro yang berusia 69 tahun serta kapten Portugal itu telah pulang ke kampung halamannya di Madeira untuk meraikan majlis ulang tahun tersebut.
Dalam satu rakaman video, anak lelaki Ronaldo, Cristiano Ronaldo Jr menunjukkan kepada Dolores Porsche Cayenne itu sebelum dia dilihat menahan sebak selepas menyedari kereta itu diberikan kepadanya.
Kereta itu dibalut dengan reben merah besar yang diikat dan Dolores nyata terharu sambil memeluk cucunya sebelum masuk ke dalam kereta buat kali pertama.



