Pertahanan KDA FC kemalangan

Pertahanan KDA FC kemalangan

Amirul Hisham (kiri) kini mendapat rawatan di sebuah hospital di Alor Setar. Foto KDA FC

PEMAIN tengah Kedah Darul Aman (KDA) FC, Amirul Hisyam Awang Kecik mengalami kecederaan selepas terbabit kemalangan di Bandaraya Alor Setar pada Selasa.

Laman Facebook KDA FC melaporkan pemain itu mengalami kecederaan di bahagian mulut, patah hidung dan keretakan dagu.

Menurutnya, kemalangan berlaku selepas sebuah kereta membuat pusingan U secara mengejut ketika Amirul menunggang motosikal di Jalan Alor Mengkudu di sini.

“Warga KDA FC mendoakan agar beliau cepat sembuh dan sabar menghadapi ujian ini dan sama-sama kita doakan kesihatannya supaya cepat pulih,” katanya dalam satu kenyataan.

Scroll to Top