ASB, ASB2 lebih menguntungkan dengan Maybank

ASB, ASB2 lebih menguntungkan dengan Maybank

MEMBINA masa depan kewangan adalah sebuah perjalanan yang memerlukan masa, usaha, dan dedikasi.

Namun, dengan strategi dan tindakan yang betul, sesiapa sahaja boleh membina masa depan kewangan yang terjamin untuk diri sendiri dan orang tersayang.

Salah satu langkah yang boleh dipertimbangkan untuk memulakan perjalanan membina masa depan kewangan adalah melalui pelaburan di Amanah Saham Bumiputera (ASB) atau Amanah Saham Bumiputera 2 (ASB2).

Sebagai dana pelaburan yang disokong kerajaan, kedua-dua produk Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) ini direka khusus untuk membantu Bumiputera Malaysia mencapai jaminan kewangan.

Terbuka untuk rakyat Malaysia, dana unit amanah ini menawarkan potensi untuk kedua-dua pendapatan dan pertumbuhan modal.

Ia adalah cara terbaik untuk menyimpan untuk masa depan atau melabur untuk orang tersayang termasuk anak-anak.

Menariknya, Permodalan Nasional Berhad (PNB) baru-baru ini mengumumkan dividen kompetitif sebanyak 5.25 sen seunit untuk Amanah Saham Bumiputera (ASB), jauh lebih tinggi berbanding tahun lalu iaitu sebanyak 4.60 sen.

ASB turut menawarkan pulangan kompetitif, mengatasi kadar deposit tetap 12 bulan Maybank yang mencatatkan kadar purata sebanyak 2.85 peratus sepanjang tahun 2023.

Bagi individu yang ingin membina jaminan kewangan mahupun mempelbagaikan portfolio pelaburan sempena tahun 2024, Maybank kini menawarkan ganjaran hebat buat pelanggan.

Ganjaran eksklusif dari Maybank

Mulai 1 Disember 2023 hingga 29 Februari 2024, pelabur berpeluang memenangi sehingga 2,024 unit ASB atau ASB2 hanya dengan melabur melalui Maybank2u atau aplikasi MAE.

Setiap tambahan pelaburan RM100 ke atas semasa tempoh kempen, pelanggan berhak menerima satu penyertaan untuk peluang memenangi hadiah berupa unit ASB dan ASB2 bernilai sehingga RM393,624.

Selain itu, 1,000 pelabur baharu pertama yang melabur RM100 ke atas melalui Maybank2u atau aplikasi MAE pula, layak menerima kredit e-dompet MAE bernilai RM10.

Klik pautan ini untuk maklumat lanjut mengenai hadiah yang ditawarkan.

Labur secara mudah di Maybank2u, aplikasi MAE

Selain ganjaran eksklusif, pelanggan dapat menikmati akses pengurusan portfolio ASNB dalam talian dengan mudah dan lancar menerusi Maybank2u dan aplikasi MAE.

Pelanggan sedia ada dan baharu hanya perlu menghubungkan akaun ASNB mereka untuk membuat semakan baki, memindah dan menambah dana serta melihat sejarah transaksi mereka.

Pelabur juga boleh mengurus beberapa portfolio ASNB termasuk akaun anak mereka menerusi satu platform dengan mudah.

Berikut empat langkah mudah untuk mula melabur melalui laman web Maybank2u:

ASB, ASB2 lebih menguntungkan dengan Maybank

  1. Log masuk ke Maybank2u
  2. Pilih ‘PAY & TRANSFER’ > Klik ‘TRANSFER’
  3. ‘Transfer to’ > Klik ‘ASNB Accounts’ > Pilih akaun penerima
  4. Isi butiran > Klik ‘TRANSFER’ > Ikut arahan untuk melengkapkan pemindahan

Pelanggan juga boleh menikmati pelbagai kemudahan urus niaga ASNB yang disediakan melalui aplikasi MAE untuk pengalaman lebih baik.

Berikut langkah mudah untuk pelaburan melalui aplikasi MAE:

  1. ‘Quick Actions’ > Klik ‘Transfer’
  2. Pilih ‘ASNB’ > ‘Favourites’ > Pilih akaun penerima
  3. Masukkan jumlah yang ingin dipindahkan
  4. Klik ‘Transfer Now’ > Ikut arahan untuk melengkapkan pemindahan

Layari laman ASB Maybank atau ASB2 untuk mengetahui lebih lanjut dan mula melabur hari ini.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top