VAR uji kesabaran Dyche

VAR uji kesabaran Dyche

London: Pengendali Everton, Sean Dyche berkata, penggunaan video pembantu pengadil (VAR) “menguji kesabarannya” selepas penyerang Dominic Calvert-Lewin dibuang padang ketika perlawanan menentang Crystal Palace.

Pemain berusia 26 tahun itu dibuang padang buat kali pertama dalam kariernya ketika mereka melakarkan keputusan seri 0-0 dalam saingan pusingan ketiga Piala FA di Selhurst Park.

Hanya berlaku terjahan minimum membabitkan pemain pertahanan Palace, Nathaniel Clyne

“Gerak perlahan menunjukkan gambar yang berbeza,” kata Dyche.

“Jika anda mahu memperlahankan segala-galanya, anda perlu memperlahankan semuanya. Terdapat pelanggaran kecil dan ketika perlawanan berlangsung dia (pengadil Chris Kavanagh) tidak melakukan apa-apa, kemudian mereka memperlahankannya dan semuanya kelihatan lebih teruk.”

Kavanagh pada asalnya tidak mengambil tindakan tetapi selepas semakan insiden pada monitor berikutan campur tangan pengadil VAR Michael Salisbury sebelum layangan kad merah diberikan kepada Calvert-Lewin pada minit ke-79.

Keputusan itu membawa perlawanan ulangan di Goodison Park akhir bulan ini namun Calvert-Lewin akan digantung tiga perlawanan.

“Saya tidak tahu untuk apa (monitor) itu ada,” tambah Dyche.

“Setiap peminat mesti berkata ‘apa gunanya?’ Kita semua tahu keputusannya, mereka akan bersetuju dengan semua yang mereka diberitahu.

“Peluang untuk mengubah sesuatu adalah kecil jadi mengapa perlu bersusah payah?

“Saya menyokong (VAR) tetapi kita semua sedar ia perlu dikemas kini. Saya fikir ia semakin dikemaskan tetapi ia nampaknya sedikit terkebelakang. Saya tetap peminat, tetapi ia mula menguji kesabaran saya.”

Kapten Everton Seamus Coleman bersetuju dengan pengurusnya dan bercakap kepada ITV, berkata: “Apabila anda memperlahankannya, ia jelas akan kelihatan buruk. Dari tempat saya berada ia adalah terjahan yang tidak merbahaya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top