
Gundogan (kiri) menjaringkan gol kemenanangan Barcelona ketika menentang Las Palmas. – Foto: EPA
ILKAY Gundogan menjaringkan penalti pada masa kecederaan untuk membolehkan Barcelona mengatasi Las Palmas 2-1 dalam aksi La Liga pada awal pagi Jumaat.
Skuad kendalian Xavi Hernandez itu amat memerlukan kemenangan selepas pendahulu Real Madrid dan Girona mencatatkan kemenangan pada Khamis meninggalkan kelab Catalan itu tujuh mata di belakang dua pasukan tersebut.
Athletic Bilbao berada di tempat keempat selepas kemenangan 2-0 di Sevilla manakala Atletico Madrid di tempat kelima berikutan kekalahan dramatik 3-4 kepada Girona.
Barca terlebih dahulu ketinggalan menerusi bekas penyerang Blaugrana Munir El Haddadi pada minit ke-12.



