NSA perlu pastikan ahli gabung lebih kreatif

NSA perlu pastikan ahli gabung lebih kreatif

PERSATUAN sukan kebangsaan (NSA) perlu lebih kreatif dalam pengisian penganjuran aktiviti supaya tidak hanya dapat menarik penyertaan peserta dalam tetapi juga luar negara.

Malah, Pesuruhjaya Sukan (PJS), Suhardi Alias juga berharap dapat melihat persatuan sukan negara ini bergerak ke hadapan dengan visi lebih jelas dan boleh diukur pada tahun ini.

Suhardi berkata tadbir urus keseluruhan yang lebih baik oleh persatuan sukan akan membantu mereka menarik lebih banyak penajaan, dan seterusnya membolehkan mereka memperkasakan program.

“Tahun ini, Pejabat Pesuruhjaya Sukan (PJS) ingin melihat persatuan berusaha untuk membina kapasiti, yang akan membantu mereka maju lebih jauh. Tadbir urus yang lebih baik akan membantu mereka mendapatkan lebih banyak penajaan untuk aktiviti dan program mereka.

Scroll to Top