PRN Johor: Calon 'berubah angin' jadi medan uji keyakinan pengundi

PRN Johor: Calon 'berubah angin' jadi medan uji keyakinan pengundi

SHAH ALAM – Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor kali ini menjadi medan untuk menguji sejauh mana pengundi menerima semula pemimpin yang pernah bertukar haluan politik sebelum kembali menawarkan diri kepada rakyat.Tumpuan terarah kepada antara tiga calon yang mempunyai rekod perubahan parti berbeza, iaitu Alwiyah Talib di DUN Endau, Abd Mutalip Abd Rahim di DUN Layang-Layang dan Mazlan Bujang di DUN Kahang.Ketiga-tiga mereka kini bertanding di bawah panji politik yang berbeza berbanding perjalanan politik masing-masing beberapa tahun lalu.Di DUN Endau, Alwiyah yang memenangi kerusi itu atas tiket UMNO pada 2018 kemudian menyertai Bersatu sebelum mengumumkan kembali ke pangkuan UMNO pada Jun lalu.Tidak lama selepas itu, beliau diberi kepercayaan untuk mempertahankan kerusi berkenaan sebagai calon BN.Situasi berbeza berlaku di DUN Layang-Layang apabila penyandangnya, Abd Mutalip Abd Rahim mengambil keputusan meninggalkan UMNO untuk menyertai Bersatu menjelang PRN Johor.Abd Mutalip yang pernah berkhidmat sebagai Exco Kerajaan Negeri Johor dari 2013 itu kini bertanding atas tiket Perikatan Nasional (PN), sekali gus meletakkan dirinya berdepan penilaian baharu daripada pengundi yang sebelum ini memilihnya sebagai calon BN.Sementara itu, Mazlan Bujang pula mempunyai perjalanan politik yang lebih panjang apabila meninggalkan UMNO untuk menyertai Bersatu pada 2018.Beliau kemudian keluar daripada parti itu pada 2022 dengan menyatakan sokongan kepada BN sebelum kini kembali bertanding sebagai calon Pas di DUN Kahang.Perubahan landskap politik melibatkan ketiga-tiga calon itu dijangka menjadi antara faktor yang diperhatikan pengundi, khususnya sama ada rekod perkhidmatan dan pengaruh di kawasan mampu mengatasi persepsi terhadap tindakan mereka bertukar parti.Kecenderungan pengundi pada masa kini semakin dipengaruhi gabungan faktor kredibiliti calon, prestasi perkhidmatan serta kestabilan politik menjadikan rekod penghijrahan parti antara pertimbangan penting ketika membuat pilihan kelak.Keputusan di Endau, Layang-Layang dan Kahang kelak dijangka menjadi petunjuk sama ada pengundi masih bersedia memberikan mandat kepada calon yang pernah ‘berubah angin’ atau sebaliknya.

Scroll to Top