LATEST
National

Pindaan pengasingan peranan Peguam Negara belum dimuktamadkan – Azalina

Pindaan pengasingan peranan Peguam Negara belum dimuktamadkan – Azalina

KUALA LUMPUR: Cadangan pindaan Perlembagaan Persekutuan bagi mengasingkan peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya masih dalam proses untuk dimuktamadkan, khususnya membabitkan mekanisme pelantikan Pendakwa Raya.

Baca juga: Iraq pecat pegawai kanan susulan skandal penyeludupan minyak

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said, berkata beberapa perkara berhubung cadangan pindaan itu sedang diteliti Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (JKPK).

Katanya, ia juga selepas mengambil kira perkara yang dibangkitkan ketika ia dipersembahkan kepada Majlis Raja-Raja pada 13 Oktober lalu.

“Pada masa ini, proses pemuktamadan pindaan masih diteruskan bagi memastikan segala aspek perundangan dan perlembagaan yang berkaitan diberikan pertimbangan sewajarnya.

“Rang Undang-undang (RUU) ini akan dibawa semula untuk pertimbangan Dewan Rakyat selepas

proses penelitian dan pemuktamadan selesai,” katanya dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan Ramkarpal Singh (PH-Bukit Gelugor) yang ingin mengetahui sama ada proses penggubalan pindaan Perlembagaan Persekutuan bagi memisahkan peranan Peguam Negara dengan Pendakwa Raya sudah dimuktamadkan serta bila ia akan dibentangkan di Dewan Rakyat.

Sebelum ini, RUU bagi memisahkan fungsi Peguam Negara dan Pendakwa Raya dibentangkan untuk bacaan kali pertama pada 23 Februari lalu, namun menerima pelbagai pandangan serta bantahan daripada Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang.

Susulan itu, RUU berkenaan dirujuk kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen bagi penelitian lanjut sebelum beberapa cadangan pindaan baharu dirangka selepas mengambil kira pandangan pelbagai pihak.

© New Straits Times Press (M) Bhd

More in National

View all

Latest news