LATEST

Anis Suraya dedikasi kejayaan cemerlang buat arwah bapa

Anis Suraya dedikasi kejayaan cemerlang buat arwah bapa

mohamadridzuan@hmetro.com.my

Baca juga: Zi Yu-Noraqilah langkah kanan di Kejohanan Antarabangsa Syed Modi

Kuala Lumpur: Impian penyanyi popular penghujung era 1990-an, Anis Suraya untuk bergelar pensyarah muzik semakin menjadi kenyataan apabila mencatatkan pencapaian cemerlang dalam pengajiannya.

Ia berikutan penyanyi lagu Cinta Tersimpul Rapi itu berjaya memperoleh Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) 4.00 dalam Ijazah Sarjana Seni Persembahan di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Anis Suraya atau nama sebenarnya, Tengku Ani Soraya Tengku Abdullah Sulaiman, 46, menerusi media sosialnya berkata, kejayaan yang diraih ini didedikasikan buat Allahyarham bapanya yang tercinta.

“Alhamdulillah, syukur. Keputusan akhir CGPA 4.00. Saya dedikasikan buat arwah abah yang tercinta,” katanya.

Pada masa sama, Anis Suraya turut merakamkan penghargaan kepada barisan pensyarah yang banyak membimbingnya sepanjang tempoh pengajian dan keluarga yang sentiasa memberi sokongan.

“Terima kasih kepada pensyarah UPSI atas bimbingan sepanjang pengajian, kepada suami dan anak-anak atas pengertian dan sokongan, Anis Ctr Fans, keluarga, sahabat dan rakan seperjuangan yang sentiasa mendoakan saya,” katanya.

Dia juga berharap ilmu yang diperoleh sepanjang pengajian dapat dimanfaatkan dan dikongsikan dengan pelajar serta generasi pencinta seni.

Untuk rekod, Anis Suraya dijangka menghadiri sidang pertama Istiadat Konvokesyen UPSI, esok.

Terdahulu, Anis Suraya yang juga ibu kepada lima anak menyambung pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Seni Persembahan berkenaan sejak awal tahun ini.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Latest news