LATEST
National

NexG Bina sahkan akaun bank tidak lagi dibekukan

NexG Bina sahkan akaun bank tidak lagi dibekukan

KUALA LUMPUR: NexG Bina Bhd memaklumkan pembekuan beberapa akaun bank milik syarikat itu dan anak-anak syarikatnya dengan RHB Bank Bhd ditarik balik oleh pihak berkuasa berkaitan.

Baca juga: Lubang Di Plentong Telan Motosikal Dan Kereta, Tular Di Threads

“Pembekuan yang dikenakan terhadap beberapa akaun bank telah ditarik balik oleh pihak berkuasa berkaitan,” katanya dalam makluman kepada Bursa Malaysia.

Bagaimanapun, syarikat itu tidak menyatakan jumlah akaun bank yang telah dilepaskan daripada pembekuan berkenaan.

Pada 10 Mac lalu, NexG Bina sebelum ini mendedahkan bahawa 16 akaun bank milik kumpulan itu telah dibekukan sejak pertengahan November 2025 oleh pasukan siasatan pengubahan wang haram polis.

Ketika itu, syarikat berkata pihaknya tidak menerima sebarang perintah pembekuan rasmi dan hanya menyedari perkara berkenaan selepas mendapati beberapa bayaran operasi tidak dapat dilakukan.

Saham syarikat itu ditutup 16.67 peratus atau setengah sen lebih tinggi kepada 3.5 sen, dengan sebanyak 21.85 juta saham diniagakan, sekali gus memberikan nilai pasaran sebanyak RM43.14 juta.

© New Straits Times Press (M) Bhd

More in National

View all

Latest news