
Bruno Fernandes melakukan simulasi untuk mendapatkan penalti pada aksi Piala FA menentang Wigan.
MANCHESTER United mara ke pusingan keempat Piala FA selepas menundukkan pasukan dari Liga Kejuaraan Inggeris, Wigan 2-0 pada awal pagi Selasa.
Jaringan separuh masa pertama Diogo Dalot dan sepakan penalti kontroversi Bruno Fernandes memastikan kemenangan pertama United di tempat lawan sejak November.
“Piala FA adalah mengenai kemenangan, ia adalah kalah mati. Anda perlu menyelesaikan tugas tersebut. Itulah yang saya katakan di bilik persalinan.
“Pada separuh masa pertama saya fikir kami mencipta lima atau enam peluang yang sangat baik. Saya lihat ia perlawanan yang bagus.



