Zii Jia gagal hapus badi Terbuka Malaysia

Zii Jia gagal hapus badi Terbuka Malaysia

Zii Jia (kiri) tewas kepada pemain China dalam saingan pusingan pertama Terbuka Malaysia di Axiata Arena, Bukit Jalil pada Selasa. – Foto: FB BAM

IMPIAN pemain perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia untuk melangkah lebih jauh dalam saingan Terbuka Malaysia 2024 tidak kesampaian setelah terkandas pada pusingan pertama di Axiata Arena, Bukit Jalil pada Selasa.

Pemain yang menghuni ranking ke-11 dunia itu tewas kepada pemain China, Lu Guang Zu 16-21, 21-19, 21-15 dalam tempoh lebih sejam permainan.

Kekalahan tersebut menyaksikan badi kekalahannya dalam saingan awal Terbuka Malaysia berlarutan empat kali berturut-turut selepas turut mengalami nasib sama pada edisi 2019, 2022 dan 2023.

Bekas juara Seluruh England itu mengakui sudah bosan apabila kerap mengalami kekalahan tetapi pada masa sama enggan berputus asa untuk bergelar sebagai juara.

Scroll to Top