Khabar duka buat Tze Yong

Khabar duka buat Tze Yong

Tze Yong terpaksa melupakan saingan Terbuka India minggu depan akibat kecederaan belakang. Foto Bernama

LANGKAH pemain perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong untuk memburu slot ke Sukan Olimpik Paris 2024 terbantut apabila dia terpaksa melupakan saingan Terbuka India minggu depan susulan kecederaan belakang yang dialami dalam saingan pusingan pertama Terbuka Malaysia 2024 pada Rabu.

Setiausaha Agung Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Kenny Goh memberitahu, Tze Yong mengalami koyak otot belakang dan memerlukan masa untuk pulih.

Beliau berkata, perkembangan terbaharu tersebut dimaklumkan oleh jurulatih perseorangan negara, Datuk Tey Seu Bock selepas pemain berusia 24 tahun itu menjalani rawatan di Institut Sukan Negara (ISN) pada Jumaat.

“Saya diberitahu oleh Seu Bock bahawa Tze Yong baru sahaja melepasi pemeriksaan kesihatan dan didapati ada kecederaan belakang. Otot belakang koyak.

Scroll to Top