
Pemain Vietnam menjalani latihan di Qatar.
PENGENDALI Vietnam, Philippe Troussier percaya pasukannya mampu untuk mengejutkan Jepun dalam aksi pembukaan Kumpulan D Piala Asia di Doha, Qatar pada Ahad.
Troussier berkata, dia yakin dengan kualiti dimiliki pasukannya dan kesemua pemain di Qatar sudah bersedia untuk mengecewakan pasukan di ranking ke-17 dunia itu.
“Pada Piala Asia 2023, lawan dianggap lebih kuat tetapi untuk menang menentang Vietnam bukan mudah. Kami tidak pernah berputus asa.
“Saya percaya pemain akan kekalkan semangat itu apabila kita memasuki kejohanan ini,” katanya.



