Pan-gon pertahan taktikal

Pan-gon pertahan taktikal

Reaksi pemain Malaysia selepas perlawanan di antara Malaysia menentang Jordan bagi peringkat Kumpulan E sempena Piala Asia 2023 di Stadium Al Janoub hari ini. Foto: Bernama

PENGENDALI Harimau Malaya, Kim Pan-gon mempertahankan taktikal yang digunakannya ketika tunduk kepada Jordan 0-4 dalam aksi pembukaan Kumpulan E Piala Asia di Stadium Al Janoub, Doha pada awal pagi Selasa.

Taktikal pengendali kelahiran Korea Selatan itu dipertikaikan selepas hanya menggunakan tiga pertahanan untuk menghadapi kekuatan serangan pasukan di ranking ke-87 dunia itu yang menyaksikan gawang negara bolos tiga kali pada separuh masa pertama.

Menurut Pan-gon, beliau boleh menggunakan taktikal bertahan, namun Piala Asia adalah medan terbaik untuk menguji apa yang telah direncana sejak dua tahun lalu.

“Kami melakukan persiapan dengan berani dan melihat ke hadapan untuk menyerang. Tetapi, Jordan jauh lebih kuat daripada apa yang kami sangka.

Scroll to Top