Terbuka India: Wei Chong-Kai Wun ‘bungkus’ awal

Terbuka India: Wei Chong-Kai Wun ‘bungkus’ awal

Wei Chong-Kai Wun ditunjukkan jalan keluar seawal pusingan pertama oleh pasangan dari Indonesia, Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto pada saingan Terbuka India pada Selasa. Foto BAM

BEREGU lelaki negara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun ditunjukkan jalan keluar seawal pusingan pertama oleh ketujuh dunia dari Indonesia, Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto pada saingan kejohanan badminton Terbuka India di sini, pada Selasa.

Beregu negara yang berada di ranking ke-18 dunia tewas 21-16, 15-21, 13-21.

Sementara itu, beregu wanita negara, Vivian Hoo-Lim Chiew Sien, bangkit daripada ketinggalan set pertama untuk menewaskan pasangan Amerika, Syarikat, Annie Xu-Kerry Xu 11-21, 21-17, 21-13.

Pada pusingan kedua esok, Vivian-Chiew Sien akan berdepan beregu Hong Kong, Yeung Nga Ting-Yeung Pui Lam yang mudah mengalahkan wakil tuan rumah, Rutaparna Panda-Swetaparna Panda 21-6, 21-7.

Scroll to Top