“Saya Cakap, Konsert Ini Kena Ada Kak Ani” 

“Saya Cakap, Konsert Ini Kena Ada Kak Ani” 

Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza dilihat sebak mengulas mengenai Konsert Gema Bumantara dimana beliau akan bergandingan dengan penyanyi Noraniza Idris.

Memetik Astro Gempak, Siti berkata dia sebak kerana tidak tahu sama ada boleh mengulangi konsert tradisional besar seperti demikian. 

BACA: Siti Nurhaliza Terima Ijazah Kehormat Sarjana Seni Kreatif Dan Media

“Saya memang cakap dengan Kak Zie (Rozie) konsert ini kena ada Kak Ani (Noraniza Idris). Kita kena jemput Kak Ani. Saya gembira dan maaf saya sebak kerana saya tidak tahu bila lagi boleh buat konsert tradisional terbesar  seperti ini.

“Dan saya nak mereka yang hebat ini terutama pejuang irama tradisional boleh ada bersama-sama. Maaf, sebab itu saya teremosional,” katanya.

Sementara itu, Noraniza mengakui ‘seram’ untuk kembali berduet dengan Siti menyanyikan lagu mereka Hati Kama selepas 25 tahun.

“Ya Allah Kak Ani sebenarnya seram. Seram nak menyanyi dengan Siti Nurhaliza. Sebab sudah 25 tahun kami tidak menyanyikan lagu Hati Kama secara duet apa lagi dalam sebuah konsert besar dengan format orkestra, Kak Ani sangat takut. Kak Ani rasa sangat kecil di sisi Siti Nurhaliza,” katanya.

Sumber: Astro Gempak


Scroll to Top