LATEST
National

Kad pokemon bernilai lebih RM500,00 dicuri dalam rompakan di Denmark

Kad pokemon bernilai lebih RM500,00 dicuri dalam rompakan di Denmark

COPENHAGEN: Polis Denmark melancarkan siasatan besar-besaran hari ini selepas sekumpulan perompak bertopeng menyerbu sebuah kedai menjual kad Pokemon di utara Copenhagen dan melarikan barangan koleksi bernilai lebih €130,000 (US$143,000 atau RM584,352).

Baca juga: Reformasi Parlimen perkukuh kebebasan badan perundangan – Anwar

Menurut laporan Agensi Berita Jerman (dpa), polis sedang memburu lima lelaki yang dipercayai mengancam seorang pekerja kedai menggunakan objek menyerupai pistol di sebuah pusat beli-belah di Lyngby, utara Copenhagen.

Perompak berkenaan kemudian memecahkan kabinet pameran dan mencuri kad Pokemon yang mendapat permintaan tinggi.

Mereka dilaporkan melarikan diri dari lokasi kejadian dengan menaiki sebuah kereta.

Kad dagangan Pokemon berasaskan siri permainan video yang membolehkan pemain menangkap dan melatih makhluk fiksyen.

Kad berkenaan kekal sangat popular sejak bertahun-tahun, dengan kad yang jarang ditemukan dan mendapat permintaan tinggi dijual pada harga yang mahal.

© New Straits Times Press (M) Bhd

More in National

View all

Latest news