LATEST

Doktor 74 tahun hilang ketika luncur angin di Tanjung Bungah

Doktor 74 tahun hilang ketika luncur angin di Tanjung Bungah

audreymd@nst.com.my

Baca juga: BERSAMA tolak politik identiti dibawa UMNO-PAS, DAP – Rafizi

Georgetown: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) dijalankan bagi mengesan seorang doktor berusia 74 tahun yang dilaporkan hilang ketika melakukan aktiviti luncur angin di perairan Tanjung Bungah, di sini, malam ini.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis, berkata Pusat Gerakan Operasi menerima panggilan kecemasan daripada orang awam pada jam 7.42 malam.

Beliau berkata, seramai lima anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Bagan Jermal dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba, pasukan terus melancarkan operasi pencarian di permukaan air di perairan Tanjung Bungah,” katanya dalam kenyataan malam ini.

John berkata, sebuah pos kawalan hadapan turut dibuka bagi menyelaraskan operasi pencarian.

Operasi berkenaan masih diteruskan dengan bantuan anggota polis dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

© New Straits Times Press (M) Bhd

Latest news