
Jii Zia (kiri) pasrah apabila peminat kerap membandingkannya dengan legenda negara, Chong Wei.
PEMAIN badminton perseorangan profesional lelaki, Lee Zii Jia pasrah apabila peminat kerap membandingkannya dengan legenda negara, Datuk Lee Chong Wei.
Malah juara Kejohanan Badminton Asia (BAC) 2022 itu mengakui hubungannya dan Chong Wei sebagai ‘pelik’ terutama selepas bergerak secara profesional.
“Sebagai pemain nombor satu Malaysia, saya tidak boleh elak dibandingkan dengan Chong Wei.
“Saya tak boleh elak, kecuali tukar warganegara, tapi itu mustahil sama sekali. Jadi perkara ini saya perlu lalui di sepanjang karier.