Speedy Tigers sia-siakan banyak peluang jaringkan gol – Arul Selvaraj

Speedy Tigers sia-siakan banyak peluang jaringkan gol – Arul Selvaraj

KETUMPULAN penyudah skuad Speedy Tigers yang melepaskan deretan peluang menjaringkan gol ketika seri 3-3 dengan Pakistan dalam aksi terakhir Kumpulan A kempen kelayakan Sukan Olimpik 2024 di Muscat, Oman, pada Khamis, ternyata membawa padah kepada mereka sekali gus gagal menempah slot beraksi di Paris, Julai ini.

Ketua jurulatih skuad hoki lelaki kebangsaan, A. Arul Selvaraj berkata, walaupun menguasai perlawanan dengan agak memuaskan namun ia tidak cukup untuk mereka mencari tiga mata penuh bagi mengesahkan tempat ke separuh akhir kempen kelayakan tersebut.

“Kita mencipta banyak (peluang) jaringkan gol tetapi gagal dan Pakistan hanya guna serangan balas untuk menyamakan kedudukan.

“Saya bagi pihak pasukan hoki meminta maaf kepada rakyat Malaysia terutamanya penyokong kerana gagal dalam misi kali ini,” katanya dalam satu video dikongsi Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) kepada media, pada Jumaat.

Scroll to Top