Penjaga gol Korea Selatan cedera ACL, terlepas beraksi dalam Piala Asia

Penjaga gol Korea Selatan cedera ACL, terlepas beraksi dalam Piala Asia

Penjaga gol nombor satu Korea Selatan, Kim Seung-gyu terlepas peluang untuk beraksi pada baki perlawanan Piala Asia 2023 selepas mengalami kecederaan Ligamen Krusiat Anterior (ACL) yang terkoyak semasa sesi latihan pada Khamis.

PENJAGA gol nombor satu Korea Selatan, Kim Seung-gyu terlepas peluang untuk beraksi pada baki perlawanan Piala Asia 2023 selepas mengalami kecederaan Ligamen Krusiat Anterior (ACL) yang terkoyak semasa sesi latihan pada Khamis di sini.

Perkara itu disahkan Persatuan Bolasepak Korea semalam.

Kim, 33, akan terlepas baki dua lagi perlawanan Kumpulan E menentang Jordan hari ini dan Malaysia pada 25 Januari, selepas membantu skuad Taeguk Warriors itu menentang Bahrain 3-1 pada aksi pembukaan, Isnin lepas.

Pemain Al-Shabab itu menjadi pilihan tetap sejak bekas pengurus Paulo Bento mengambil alih pasukan itu pada 2018 sebelum mendapat kepercayaan jurulatih baharu Jurgen Klinsmann, beraksi dalam 10 daripada 12 perlawanan sejak jurulatih dari Jerman itu mengemudi pasukan pada Februari tahun lepas.

Scroll to Top