mhafis@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: Kertas siasatan kes lelaki didakwa menjual video lucah dan melakukan hubungan seks bersama lebih 20 wanita menerusi laman sosial, dirujuk kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya (TPR), hari ini.
Ketua Polis Daerah Kuala Lumpur Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata, siasatan terhadap kes itu sudah dilengkapkan.
“Kita akan menunggu keputusan mereka (TPR) sama akan dibebaskan dengan jaminan polis dahulu atau terus didakwa di mahkamah.
“Cuma hari ini kita akan rujuk terlebih dahulu kertas siasatan kepada pejabat TPR,” katanya ketika dihubungi Harian Metro hari ini.
Tempoh reman suspek lelaki dan dua wanita berhubung kes itu tamat hari ini.
Mereka ditahan di Janda Baik, Pahang, pada 18 Januari lalu.
© New Straits Times Press (M) Bhd
