am@hmetro.com.my
Kota Bharu: Seorang daripada dua rakyat Malaysia yang sebelum ini ditahan polis Thailand kerana memiliki 1,560 biji pil Epam turut disenarai sebagai individu yang dikehendaki polis Kelantan.
Ketua Polis negeri, Datuk Mohd Yusoff Mamat, berkata pemeriksaan mendapati kedua-dua lelaki berkenaan mempunyai rekod kesalahan berkaitan narkotik di Malaysia, membabitkan pengedaran dan pemilikan dadah.
Beliau berkata seorang suspek, berusia lingkungan 30-an, berada dalam senarai dikehendaki polis.
“Kedua-dua mereka ditahan pihak berkuasa Thailand di Sungai Golok pada 21 Ogos,” katanya.
Sementara itu, Yusoff berkata polis negeri akan melupuskan 6,536 barang bukti esok membabitkan dadah bernilai RM1.1 juta daripada kes yang disiasat antara 2008 hingga 2024.
Beliau berkata ia melibatkan 16 jenis dadah, dengan jumlah berat 39.41 kilogram (kg) serta 2,534.047 liter bahan berbentuk cecair.
© New Straits Times Press (M) Bhd
