
Skuad negara (jersi merah) bersama pemain Fiji selepas aksi terakhir Kumpulan D Kejohanan Hoki 5s Piala Dunia di Oman pada Isnin. Foto FB MHC
SKUAD hoki lima sebelah (5s) lelaki negara meneruskan momentum positif apabila mara ke saingan suku akhir Kejohanan Hoki 5s Piala Dunia di Muscat, Oman pada Isnin.
Kejayaan tersebut diraih selepas anak-anak buah Wallace Tan cemerlang menumpaskan lawan terakhir Kumpulan D Fiji 8-3.
Kemenangan tersebut menyaksikan Malaysia menamatkan saingan peringkat kumpulan di kedudukan kedua selepas berkongsi tujuh mata bersama Oman.
Oman yang menewaskan Amerika Syarikat 6-4 pada satu lagi perlawanan memiliki kelebihan satu gol untuk berada di kedudukan pertama.



