Nora Danish Tak Lagi Fokus Soal Cinta, Lebih Bahagia Main Pickleball

Nora Danish Tak Lagi Fokus Soal Cinta, Lebih Bahagia Main Pickleball

Pelakon Nora Danish berkata dia tidak lagi memberi fokus untuk mencari pasangan hidup apatah lagi rutin hariannya kini dipenuhi dengan sukan pickleball.

Memetik mStar Online, Nora berkata dia kini mahu memberi fokus pada diri sendiri dan kesihatan dari soal cinta.

BACA: Nora Danish Dah Putus Dengan Mickey Ayo

Bagaimanapun, Nora berkata dia tidak menolak seandainya bertemu jodoh dengan seseorang ketika bermain sukan berkenaan.

“Fasa saya sekarang Alhamdulillah, saya sudah tidak lagi fokus pada percintaan. Sebenarnya saya pun terkejut sebab saya seorang yang fikir kena ada pasangan, tapi Alhamdulillah sejak saya menceburi sukan pickleball saya tak fokus sangat fasal percintaan ni.

“Kalau ada jodoh ada, mungkin bertemu jodoh di gelanggang pickleball, kita tak tahu,” katanya.

Pada April lalu, Nora berkata hubungannya dengan jejaka dikenali sebagai Mickey Ayo tidak dapat diteruskan dan dirinya kini sudah solo. Nora berkata mereka mengambil keputusan berpisah secara baik dan kini kekal sebagai kawan.

Sumber: mStar Online


Scroll to Top