
Exco Belia, Sukan dan Keusahawanan Negeri Selangor, Mohd Najwan Halimi (dua, kiri) selepas sidang akhbar Kejohanan Berpasukan Badminton Asia (BATC) Selangor 2024 di Setia Alam pada Khamis. Foto Sinar Harian-MOHD HALIM ABDUL WAHID
PENGANJURAN Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 kali kedua berturut-turut di Selangor membuktikan komitmen tinggi kerajaan negeri dalam memperkasa dan mengembangkan budaya sukan di negeri tersebut.
Malah, menurut Exco Belia, Sukan dan Keusahawanan Selangor, Najwan Halimi, Selangor sebagai tuan rumah juga akan memberikan impak ekonomi dan sosial menerusi pelancongan sukan.
“Selangor berbesar hati mendapat peluang untuk sekali lagi menjadi penganjur Kejohanan Badminton Berpasukan Asia selepas dua tahun.
“Ini juga menjadi bukti kepada kepercayaan komuniti badminton antarabangsa terhadap kemampuan Selangor kejuaraan berprestij sebegini.



