
Skuad hoki negara naib juara edisi sulung Piala Dunia 5s 2024. Foto: International Hockey Federation (FIH)
KEJAYAAN skuad hoki lima sebelah (5s) negara muncul naib juara edisi sulung Piala Dunia 5s merupakan pencapaian membanggakan dalam edisi pertama kejuaraan tersebut.
Malah, pengendali skuad hoki 5s negara, Wallace Tan percaya pencapaian itu juga satu cabaran kepada anak buahnya untuk tampil lebih konsisten berada dalam kejuaraan edisi seterusnya selepas ini.
“Pemain-pemain perlu sentiasa berusaha untuk meningkatkan potensi diri kerana pasukan negara lain semakin kuat.
“Cabaran dan tentangan hebat negara lain bukan hanya dari nama besar dalam hoki seperti Belanda, India, Pakistan dan Australia tetapi juga dari negara lain seperti Oman, Poland, Mesir, Trinidad & Tobago, Amerika Syarikat dan lain-lain.


