Siti Nurhaliza jernihkan persoalan netizen

Siti Nurhaliza jernihkan persoalan netizen

 

Kuala Lumpur: “Haaa. Suka gosip tau,”.

Demikian tulis penyanyi, Datuk Seri Siti Nurhaliza di Instagramnya, menjernihkan segala persoalan netizen mengenai situasi rumah tangganya. 

Dalam hantaran terbaharunya, Siti menegur spekulasi yang wujud dalam kalangan netizen di media sosial. 

“Tak baik tahu, fikir bukan-bukan. ‘Uols’ (kalian) ini pun,” tulisnya. 

Hantaran itu turut disertakan dengan gambar bersama suami, Datuk Seri Khalid Jiwa serta anak-anaknya.

Hantaran seterusnya memaparkan Siti bergurau dan membisikkan sesuatu ke telinga suaminya. 

“Pssst. Nak bisik sat (sekejap),” tulisnya dalam ruangan keterangan. 

Terdahulu, spekulasi timbul selepas penyanyi lagu Jerat Percintaan itu memuat naik beberapa hantaran di Instagram Story mengenai situasi suami isteri. 

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top