
Azizulhasni mengungguli acara keirin UCI di Adelaide pada Sabtu. Foto EPA
JAGUH berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang yang dibelenggu masalah kesihatan menyifatkan kejayaan meraih pingat emas dalam acara keirin pada Kejohanan Berbasikal Piala Negara-Negara UCI di Australia pada Sabtu sebagai sesuatu yang tidak pernah terbayang di benak fikirannya.
Malah beliau yang perlu mengambil ubat perikarditis (keradangan jantung) menyifatkan ia sebagai ‘kerja gila’ kerana mengambil risiko biarpun masih mengalami kesakitan, namun demi negara tercinta beliau tekad meneruskan perlumbaan untuk memburu mata ke Sukan Olimpik Paris 2024.
Pelumba berusia 36 tahun itu turut mendedahkan bahawa dia hadir dalam perlumbaan tersebut bukan dengan prestasi terbaik selain berdepan beberapa perkara lain yang terpaksa ditempuh sebelum terbang ke Adelaide dari Kuala Lumpur.
“Saya buat kerja gila. Saya ambil risiko sekali lagi demi negara tercinta. ‘John, I still want to go to Adelaide and we will see how it goes there’ saya telefon John Beasley di Malaysia.



