CA Prestige Gold, ASTO Hotel jalin kerjasama perkukuh ekosistem perniagaan emas

CA Prestige Gold, ASTO Hotel jalin kerjasama perkukuh ekosistem perniagaan emas

Kuala Lumpur: CA Prestige Gold Sdn Bhd, menjalin kerjasama strategik dengan ASTO Hotel bagi memperkukuh ekosistem perniagaan syarikat menerusi penyediaan kemudahan latihan, seminar dan penginapan untuk pelanggan serta rangkaian perunding emasnya di seluruh negara.

Kerjasama itu dijangka menyokong pembangunan usahawan dalam industri perdagangan emas di samping meningkatkan pengalaman pelanggan melalui akses kepada pelbagai kemudahan hotel pada kadar istimewa.

Wakil pengurusan CA Prestige Gold berkata, kerjasama berkenaan menjadi platform untuk memperkukuhkan hubungan korporat, memperluaskan jaringan perniagaan serta meningkatkan kualiti perkhidmatan kepada pelanggan, ahli Revolusi Prime Gold dan Gold Consultant.

“Kerjasama ini akan memperkukuhkan pembangunan usahawan, meningkatkan pengalaman pelanggan serta memperluaskan jaringan perniagaan syarikat di seluruh negara,” katanya pada majlis pemeteraian kerjasama strategik di ASTO Hotel, di sini, baru-baru ini.

Menerusi kerjasama itu, ASTO Hotel akan menyediakan dewan seminar bagi penganjuran program latihan dan pembangunan Gold Consultant selain menawarkan kadar istimewa untuk penginapan, seminar dan penggunaan fasiliti hotel kepada pelanggan serta ahli CA Prime Gold.

Kedua-dua pihak turut merancang menganjurkan pelbagai program korporat termasuk sidang media, pelancaran produk serta aktiviti pembangunan komuniti dan keusahawanan.

Pada majlis sama, CA Prestige Gold turut menyerahkan emas fizikal kepada ahli Revolusi Prime Gold yang layak berdasarkan urus niaga mereka mengikut terma dan syarat program syarikat.

Menurut syarikat itu, penyerahan berkenaan adalah sebahagian daripada proses penghantaran produk emas fizikal yang telah dibeli pelanggan berdasarkan kontrak jual beli yang dipersetujui.

CA Prestige Gold turut menegaskan syarikat menjalankan aktiviti jual beli emas fizikal dan pengurusan keahlian selaras dengan undang-undang Malaysia.

Katanya, sebarang ganjaran atau manfaat yang diterima ahli adalah tertakluk kepada polisi syarikat dan tidak boleh ditafsirkan sebagai pulangan pelaburan atau jaminan keuntungan.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top